Sabtu, 25 Disember 2021

Jadilah Manusia Paling Dicintai Allah SWT

 Jadilah Manusia Paling Dicintai Allah

عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW  bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh (HR. Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453). Status: hadis hasan.



Pengajaran:

1.  Muslim yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain. 

2.  Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah apabila seseorang itu membuat orang lain bahagia. Antara cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan orang lain adalah dengan cara meringankan kesusahan seseorang seseorang,  membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. 

3.  Seorang Muslim yang pergi untuk membantu bagi memenuhi keperluan seseorang, lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi. 

4.  Dalam situasi kebanyakan negeri kita di Malaysia terlibat dengan banjir sehari dua ini,  bagi yang tidak terkesan, marilah kita membantu orang yang sedang ditimpa kesusahan dan musibah.

5.  Semoga dengan bantuan yang dihulurkan walaupun kecil, sama ada wang ringgit juga tenaga untuk membantu pembersihan pasca banjir dan sebagainya  boleh meringankan kesusahan orang lain.

Jadilah Muslim yang bermanfaat pada orang lain dan dicintai Allah.

Rabu, 8 September 2021

Dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah (MIAH) ke Darul Ulom New Castle South Africa.

 


Pada hujung tahun 2019, 3 orang pelajar MIAH Muhd Muslims, H Ahmad Al Kubra & Firdaus Al Fatas telah berangkat meneruskan pengajian di Darul Ulom New Castle South Africa dan kini sudah hampir 2 tahun mereka menuntut ilmu di sana.

Insyaa ALLAH pada hujung 2021 ini pula, 3 orang lagi pelajar MIAH iaitu Hafiz Aiman, Mohammad Shah & Mohammad Saiful Safwan akan berangkat ke Darul Ulom New Castle South Africa dan menjadikan jumlah 6 orang pelajar MIAH yang belajar di Darul Ulom New Castle South Africa.

اللهم فقهه في الدين وعلمه التاويل

➡️ YA ALLAH, Rahmatilah GURU kami YM Abuya Abu Aswad Bin Zakaria Al Kubra. Mereka adalah wasilah kami pada MU YA ALLAH dan wasilah kami ke hadrat RASULULLAH.

Tiada suatu nilai kebaikan pada kami kecuali Mereka itulah pemiliknya.

➡️ Wahai Tuhan kami betapa besarnya jasa dan pengorbanan GURU kami dalam mendidik dan mentarbiyah kami, mereka bagaikan jantung yang tersembunyi. 

➡️ YA ALLAH jangan Engkau jadikan kealpaan kami sehingga berubah pandangan hati GURU kami pada kami.

لولا مربي ما عرفت ربي 
وانت يا مربي احبكم فى الله


Jumaat, 9 April 2021

Maulid Mua'khor 1442H / 2021M

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على سيد رسول الله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan segala hormatnya dijemput Muslimin & Muslimah hadir ke Majlis Maulid Mua'khor 1442H / 2021M di Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah  sepertimana berikut :

Tarikh : 09.04.2021

Hari : Jumaat Malam Sabtu

Masa : Selepas Maghrib


Agenda Majlis :

✔Solat Maghrib Berjemaah

✔Sambutan Maulid

✔Solat Isyak Berjemaah

✔ Jamuan Makan

Khamis, 11 Mac 2021

Memohon Sumbangan @ Dana untuk menyiapkan prasarana pelajar Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pondok tempat kami mengaji, Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah (MIAH) memerlukan Sumbangan @ Dana  untuk menyiapkan PRASARANA PELAJAR MADRASAH di Tumpat Kelantan. 

Pihak kami sangat sahabat berbesar Hati jika ada sahabat sahabat yang ingin menginfakkan harta untuk Madrasah bagi memudahkan urusan kami menaiktaraf Madrasah kami.

Sumbangan sahabat sahabat semua boleh disalurkan ke :

MADRASAH AHBABUL MUSTAFA

8604475319 (CIMB)



Selasa, 12 Januari 2021

Misi Bantuan Mangsa Banjir 2021


RasulALLAH ﷺ  bersabda: "Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak." (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)


“PROJEK SANTUNAN CINTA UMMAH”

“Program Bantuan Bencana 2021”

Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah. 


Para dermawan yang ingin bersama kami, bolehlah menyalurkan sumbangan melalui akaun: Ahbabul Mustafa Resources (Maybank)Acc: 553104584895


Jika ada yang memerlukan bantuan, boleh hubungi kami di talian:

Ahmad:0132474784

Syerif: 0193774929


“Doakan kami kuat. Doakan kami sihat. Doakan kami selamat”

AMANAH UMMAH KAMI TUNAIKAN