Jemaah Ahbabul Mustafa


Sekapur Sireh

Jemaah Ahbabul Mustafa dianggotai oleh murid kepada Ustaz Abu Aswad Al-Kubra dan para jemaah madrasah dan masjid tempat Ustaz Abu Aswad memberi kuliah. Ahli-ahli jemaah sekitar Tumpat dianggarkan berjumlah 200 orang. Terdapat juga ahli-ahli diluar Tumpat dan Kelantan yang mempunyai hubungan baik dengan Jemaah Ahbabul Mustafa. Antara aktiviti rutin Jemaah Ahbabul Mustafa ialah Kurban Perdana, Rehlah Tarbawi, Maulid mingguan, Ziarah Kubra ke Palembang, dan umrah. Untuk aktiviti-aktiviti terkini Jemaah Ahbabul Mustafa, sila klik link facebook berikut: => Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa <=



Majlis Taalim Ahbabul Mustafa merupakan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh Jemaah Ahbabul Mustafa di madrasah-madrasah dan masjid-masjid sekitar Tumpat khasnya dan Kelantan amnya. Guru utama Majlis Taalim adalah Ustaz Abu Aswad Al-Kubra. Majlis Taalim dihadiri oleh murid Ustaz Abu Aswad dan juga penduduk setempat. Lazimnya kuliah disertai menjangkau 100 orang. Tumpuan kuliah ialah mengikut jadual kitab yang diatur tetapi diterapkan dengan ketiga-tiga prinsip Islam iaitu Islam, Iman, dan Ihsan atau dengan nama cabangan ilmu iaitu Feqah, Usulludin, dan Tasawwuf mengikut iktikad Ahlul Sunnah Wal Jemaah. Antara kuliah-kuliah yang dijalankan ialah pengajian kitab-kitab turath dan kursus-kursus intensif cthnya kursus umrah, haid dan nifas, pengurusan jenazah, wudhu dan solat.

3 ulasan:

  1. Dato Sri Tajul Amir Matraat

    BalasPadam
  2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara Demi kemakmur dan kedaulatan Kepada Raja Negara

    BalasPadam
  3. Dato' Sri Tajul Amir Matraat

    BalasPadam