Rabu, 8 September 2021

Dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah (MIAH) ke Darul Ulom New Castle South Africa.

 


Pada hujung tahun 2019, 3 orang pelajar MIAH Muhd Muslims, H Ahmad Al Kubra & Firdaus Al Fatas telah berangkat meneruskan pengajian di Darul Ulom New Castle South Africa dan kini sudah hampir 2 tahun mereka menuntut ilmu di sana.

Insyaa ALLAH pada hujung 2021 ini pula, 3 orang lagi pelajar MIAH iaitu Hafiz Aiman, Mohammad Shah & Mohammad Saiful Safwan akan berangkat ke Darul Ulom New Castle South Africa dan menjadikan jumlah 6 orang pelajar MIAH yang belajar di Darul Ulom New Castle South Africa.

اللهم فقهه في الدين وعلمه التاويل

➡️ YA ALLAH, Rahmatilah GURU kami YM Abuya Abu Aswad Bin Zakaria Al Kubra. Mereka adalah wasilah kami pada MU YA ALLAH dan wasilah kami ke hadrat RASULULLAH.

Tiada suatu nilai kebaikan pada kami kecuali Mereka itulah pemiliknya.

➡️ Wahai Tuhan kami betapa besarnya jasa dan pengorbanan GURU kami dalam mendidik dan mentarbiyah kami, mereka bagaikan jantung yang tersembunyi. 

➡️ YA ALLAH jangan Engkau jadikan kealpaan kami sehingga berubah pandangan hati GURU kami pada kami.

لولا مربي ما عرفت ربي 
وانت يا مربي احبكم فى الله