Madrasah Islamiah (MIAH)

Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa asalnya adalah Majlis Taalim Ahbabul Mustafa yang diasaskan oleh Guru kami Al-Ustaz Abu Aswad Bin Yah. Madrasah ini ditubuhkan kerana desakan dan permintaan beberapa orang ulama yang sering mengunjungi Majlis Taalim Ahbabul Mustafa agar dibina pusat pengajian dan tarbiah yang terancang dan tetap serta penambahan bilangan pelajar luar yang terpaksa berulang alik ke majlis pengajian.

Al-Ustaz Abu Aswad Bin Yah bersama para ustaz dan awlad.



Setelah beberapa lama, maka Guru kami Al-Ustaz Abu Aswad Bin Yah mendapat keizinan dari guru beliau iaitu Al-Aalimul Al Allamah Al Faaqihi As Sufi As Syekh Al Habib Umar Bin Abdul Qadir Al Idarus Terengganu serta Al Aalimul Al Allamah Al Yusoff Al Madani untuk membuka madrasah ataupun maahad dengan nama Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa(MIAH) di atas sebidang tanah di Kampung Menjual Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

MIAH ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan dan tarbiah diniah untuk para pelajar melalui pengajian kitab turasy seperti fekah, usuluddin, tassawuf, ilmu alat, ilmu hadis, dan al-Quran. MIAH mendapat bimbingan langsung dari Pasentren Hadramaut Thani, Palembang iaitu Pasentren Rubat Muhibbin dan Ar-Riyad. MIAH mempunyai Muaalim Maddah yang berkelayakan dan berpotensi.

Matlamat Penubuhan MIAH:

  1. Menjadi pusat latihan kemanusian untuk menanamkan Rasa Kehambaan kepada ALLAH.
  2. Menjadi pusat menyemai dan menyuburkan rasa Cinta Rasul SAW.
  3. Menjadi pusat tarbiah dan mendidik Akhlakul Karimah.
  4. Menjadi pusat pengajian Kitab Turasy.
  5. Menjadi pusat melatih Kader-Kader Daawah.
  6. Menjadi benteng pertahanan Aqidah Ahlus Sunnah Waljamaah.
  7. Menjadi pusat legasi daawah Para Habaib dan Muhibbin
  
Dari prin
sip dan matlamat inilah, maka satu cogan kata yang akan menjadi MIAH untuk setiap program dan aktiviti yang akan di adakan iaitu:
"MENTARBIAH AKHLAK UNGGUL BERPAKSIKAN CINTA RASUL"

Perancangan-perancangan MIAH:
  1. Membina kemudahan asas seperti masjid, asrama, tandas, pejabat, kelas, maktabah dan rumah tetamu.
  2. Memberikan pendidikan percuma kepada pelajar Nizomi serta menyediakan dana untuk menyambung pendidikan ke tempat yang lebih tinggi.
  3. Menyediakan guru-guru yang berkelayakan dan berpotensi.
  4. Mengadakan hubungan dengan pusat-pusat pengajian tinggi agama.
  5. Mengadakan jadual pengajian serta kokurikulum yang terancang dan memenuhi piawaian pusat-pusat pengajian tinggi islam.
  6. Menjemput dan mengunjungi ulama-ulama luar sebagai jurutunjuk daawah, taalim, dan tafaqquh.
  7. Mengadakan aktiviti kemasyarakatan sebagai latihan daawah dan memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

3 ulasan: