Pembinaan Madrasah

Rayuan Derma untuk pembinaan MIAH, kami memerlukan dana segera untuk pembinaan penempatan pelajar yang tidak mencukupi serta bangunan masjid dan tandas yang belum siap sepenuhnya. Maklumat akaun bank MIAH: => klik disini <=.

Progress Pembinaan MIAH sehingga Oktober 2012

MIAH mendapat banyak permintaan masyarakat untuk menerima pelajar baru tetapi kami menghadapi masalah kekurangan tempat. Berkat usaha Jemaah Ahbabul Mustafa, satu bangunan asrama 2 tingkat sedang dalam proses pembinaan yang menggunakan bahan-bahan binaan terpakai dan baru. Semoga Allah SWT memudahkan perlaksanaan pembinaan asrama ini. Kami juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai utk tujuan dakwah filLah SWT dan mahabbah Rasulillah SAW.



Progress Pembinaan MIAH sehingga April 2012

Dari Abu Bakar ra. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu". [at-Tabarani 1/328]

Pada 14.04.2012, para pelajar yang baru mendaftarkan diri ke Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa terpaksa menginap di dalam khemah. Hal ini kerana tempat penginapan (asrama) yang di sediakan tidak muat untuk menampung bilangan pelajar yang ingin mendaftar masuk ke sini. Apakah ini nasib mereka yang ingin belajar Agama???. Semoga ALLAH terus memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka untuk terus sabar dalam kesusahan menuntut ilmu dan menganugrahkan kepada mereka Syaafaat dan Kecintaan RasulALLAH kepada mereka dunia dan akhirat.





Progress Pembinaan MIAH sehingga Januari 2012

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ، وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، وَالصَّلاَةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ، كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya". [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Pembinaan rumah pengetua MIAH







Progress Pembinaan MIAH sehingga April 2011

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga". [Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]







Progress Pembinaan MIAH sehingga Januari 2011

إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذلِكَ: فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعُمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً 
Daripada lbnu ‘Abbas r.a daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman: Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.






Progress Pembinaan MIAH sehingga November 2010

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طِرِيقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya".






Progress Pembinaan MIAH sehingga Julai 2010

Duhai hati, mengapakah engkau begitu mencintai dunia, walhal hidupmu hanyalah sementara.Apakah engkau lupa, bahawa apa yang engkau miliki ini hanyalah khayalan yang sementara jika engkau tidak mengubah untuk mengabdikannya. Ya ALLAH jadikan kami ini hamba yang melihat dunia ini adalah kebun untuk kami menyemai Cinta dan Kasih kami padaMu dan NabiMu.




Progress Pembinaan MIAH sehingga Mac 2010

Pembinaan Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa bermula dengan adanya tapak rasmi di Kampung Bechah Resak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan